Dunia Realiti Dan Fantasiku......

Thursday, October 28, 2010

rindu yang tersimpan.....

Sebuah kerinduan yang tak mampu terubat........
Aku menangis.....
Aku terseksa....
Mengapa ini yang terjadi padaku
Apa dosaku...?

Dalam hidup ini dan dalam realiti ini cintaku hanya padanya
Hati ini tak mampu kuserah kepada lelaki lain kerana yang ku mahu hanya dia
Dalam senyuman ini ada kesedihan yang tersimpan
Dalam tawa ini ada tangisan yang tak terlihat
Dalam ketenangan ini ada sendu yang tersembunyi
Semua itu terlindung dibalik kebahagiaan yang palsu.....

Salahkah aku masih menyayangimu?
Salahkah aku masih merinduimu?
Salahkah aku masih berharap kau kembali padaku?
Salahkah aku untuk hidup kerana cintamu?

Siangku berteman sepi...
Malamku berteman tangis...
Hari-hari kulalui tanpa hadirmu disisiku lagi
Aku terseksa atas penderitaanku ini...
Aku benci akan dirimu yang semudah itu melupakan aku....

Memang ini dosaku kerana mencintaimu...
Memang ini dosaku merinduimu....
Tapi semakin aku cuba melupakanmu semakin kau jelas dipandanganku
Aku berdoa pada sang Tuhan agar jiwa ini tidak bergelora lagi..

Friday, September 24, 2010

Harapan Tanpa Suara......

Manusiakah kalian?
Mengapa bayi suci itu menjadi mangsa?
Mengapa bayi suci itu menerima padah nafsu kebinatanganmu?
Mengapa bayi suci itu dibiarkan mati tanpa belas kasihan?
Hati ini menangis melihat bayi suci tak berdosa itu menjadi mangsa kebuasanmu

Adakah ini takdir Tuhan?
Adakah ini ketentuan dari-NYA?
Hukumlah mereka yang bersalah itu
Biarkanlah bayi suci itu meneruskan hidupnya
Biarkanlah dia belajar mengenali dunia ini

Mengapa wujud manusia berhati busuk seperti kalian?
Mengapa ada manusia berfikiran sempit seperti kalian?
Adakah ini tandanya dunia akhir zaman?
Adakah ini tandanya kemusnahan dunia kami?
Aku malu melihat bangsaku jatuh tersungkur dek nafsu
Aku meluat melihat bangsaku bergelumang dosa yang tak terkira
Aku simpati melihat bangsaku lalai mengejar duniawi
Aku benci melihat bangsaku menjatuhkan maruah ayah bondanya...

Tidakkah ada sekelumit rasa simpati dihatinya saat membiarkan anaknya bertarung nyawa?
Tidakkah ada secebis rasa insaf melihat anaknya lahir ke dunia?
Tidakkah ada rasa bersalah saat membunuh darah dagingnya sendiri?
Tidakkah mereka terfikir anak itu adalah amanah Tuhanku?

Jasad bayi suci itu bagai sampah
Dibuang tanpa belas kasihan
Dibiarkan tanpa simpati
Nafsu serakah yang bermaharajalela menjadi tuan manusia berhati busuk
Semoga bayi suci itu mendapat tempat mulia disisi Tuhanku.....

Bila kau tiada disisiku

Hati ini benar-benar mahu kau berada disini
Hati ini menangis lagi untuk kesekian kalinya
Hati ini menjerit lagi berharap kau datang kepadaku
Hati ini terseksa kerana kau tidak mendengar permintaan hatiku

Saat ini airmata menjadi teman tidurku
Sayang, mengertikah kau betapa aku merindukan kau?
Kenangan itu satu persatu menjengah fikiran
Aku lemas dalam kenangan itu
Ingin kau kembali dalam hidupku tapi itu mustahil
Kerana kau bukan lagi milikku lagi

Mungkin ini ujian Tuhan agar aku sentiasa mengingati-NYA
Lalu aku bersujud mencari ketenangan disebalik kesedihan ini
Mulutku tidak berhenti menyebut nama Tuhanku
Hatiku tidak berhenti memohon keinsafan dari Tuhanku
Fikiranku tidak berhenti mengingati Tuhanku
Dalam kesayuan inilah aku berserah pada YANG SATU.

Mungkin jalan takdirku begini
Bermula penuh kebahagiaan lalu berakhir dengan kesengsaraan
Tapi aku tidak pernah tunduk kepada penderitaan itu
Aku ingin menjadi yang tabah dalam mengharungi pelayaran ini
Aku masih boleh meneruskan kehidupan ini meskipun kau sudah tiada disisku
Aku masih boleh tersenyum meskipun hati ini merintih hiba
Inilah buktinya wanita pilihan Tuhan.......

Aku Yang Masih Berharap

Aku rindu saat itu....
Saat kau menjagaku ketika ku sakit
Airmata ini mengalir deras umpama tak ingin berhenti lagi
Dimana kau ketika ini?
Tidakkah kau ingat akan diriku ini?
Detik sukar ini terpaksa aku harungi sendirian

Aku ingin hentikan tangisan hiba ini
Tak ingin kenangan itu menyelubungi hidupku lagi
Meski aku mencuba berulang kali kau masih menjengah fikiranku
Aku benci dirimu kerana mengkhianati janjimu dahulu
Aku benci dirimu kerana memberikan mimpi indah dahulu

Kesakitan ini terpaksa aku rasakan sendiri
Kesakitan ini benar-benar menyeksa diriku
Mungkin ini ujian dari Tuhanku
Aku menerimanya dengan rela
Masih ramai yang mengambil berat akan diriku
Meskipun aku berharap kau juga begitu....

Kalau aku mampu mengubah takdir
Inginku mencipta satu kenangan yang takkan dilupakan bersamamu
Inginku buang segala kenangan yang memeritkan itu
Inginku membina kebahagiaan yang berkekalan
Tapi aku hanya mampu berharap tapi tak mampu menjadikan ia satu realiti

Tuhan,
Izinkan aku mencari kebahagiaanku lagi
Izinkan aku mencintai lelaki yang sewajarnya
Izinkan aku membina empayar kehidupanku sekukuhnya
Agar aku tidak tumbang sekali lagi ke dalam jurang itu....

Tuesday, September 14, 2010

aku dan rasaku........

Aku benci.....
Bila aku masih belum mampu melupakanmu
Bila aku masih belum mampu melepaskan bayanganmu
Bila aku masih menyayangimu
Bila aku masih berharap kau juga ada perasaan yang sama sepertiku

Aku rimas....
Bila airmata ini tidak pernah berhenti keranamu
Bila jiwa ini masih ingin kehadiranmu
Bila bibir ini masih tidak berhenti menyebut namamu
Bila hati ini sakit mengingatimu

Aku lemas....
Bila melihat kau bahagia sedangkan aku sengsara
Bila melihat kau tersenyum sedangkan aku berduka
Bila melihat kau tertawa sedangkan aku merana
Bila melihat dia ada disampingmu sedangkan aku hanya sekadar pemerhati

Aku bingung....
Bila ada yang lain dihatiku
Bila ada yang masih menharapkan kasihku
Bila ada yang mengaharap sedikit ruang untuk menyayangiku
Bila ada yang ingin mengukir kisah baru dalam hidupku

Aku ingin.....
Merasa bahagia seperti kekasih gelapku
Merasa disayangi seperti insane lain
Merasa dihargai oleh insan lain
Melupakan memori lama itu..........................
Lalu dijadikan sandaran agar kisah baru ini aku tidak terluka lagi.....

Saturday, August 21, 2010

aku ingin seperti mama....

Aku ingin seperti mama....
Ada hati yang lembut
Ada jiwa yang penyayang
Ada kasih setinggi gunung dan sedalam lautan
Ada sifat yang mampu meleburkan kekerasan setiap insan yang bernama lelaki...

Aku ingin seperti mama.....
Yang ada segala kekuatan menghadapi segala kekalutan dunia
Yang ada ketegaran yang kental menghadapi segala kesukaran
Yang ada ketabahan yang tiada tandingannya
Yang ada kesabaran yang tak mampu dibatasi waktu...

Aku ingin seperti mama...
Yang selalu tersenyum setiap menyambut kepulangan abah
Yang sentiasa memenuhi keperluan abah
Yang selalu merawat abah ketika sakit
Yang selalu menemani abah tak kira susah atau senang waktu itu

Aku ingin sepeti mama....
Yang tak pernah merungut atas kesusahan yang dilaluinya
Yang tak pernah mengadu walaupun dirinya butuhkan kami
Yang tak pernah menangis kerana keterlaluan sikap kami
Yang tak pernah lari dari tanggungjawabnya sebagai mama....
Yang tak pernah meminta perhatian kami walaupun dirinya sakit....

Mama....
Kau inspirasiku....
Kau mutiaraku...
Aku umpama mati jika tidak mendengar khabarmu....
Aku tidak mampu berjauhan sedikitpun darimu....
Aku tidak berdaya melihat kesusahan yang menimpamu....
Aku menangis kerana tak dapat menemanimu saat kau memerlukan aku disisimu...
Aku terluka jika hatimu disakiti...

Mama....
Izinkan aku membalas jasamu....
Izinkan aku menyayangimu selamanya...
Izinkan aku merawat setiap luka yang ada padamu...
Izinkan aku menjagamu dihari tuamu....
Izinkan aku mendoakan kebahagiaanmu...

Kerana mama...... aku berusaha menjadi yang terhebat...
Kerana mama...... aku mahu menjadi yang terhebat....
Kerana mama..... aku ingin dilihat sebagai seorang yang terhebat...
Kerana mama.... aku ingin jadi anak yang berjasa padamu...
Terima kasih Mama.....

Thursday, August 12, 2010

andai takdir itu milikku.........

Salahkah aku jika ingin bahagia? Salahkah aku jika ingin merasa gembira? Salahkah aku??? Persoalan demi persoalan berlegar-legar diruang mindaku. Aku mencari dimana kesalahan diriku ini. Mengapa aku yang dihina? Mengapa aku yang dicaci? Mengapa aku yang dikhianati? Aku hanya gadis kampung yang mahu kedamaian.
Andai aku yang hina lagi berdosa maka maafkanlah diriku ini. Andai masa dahulu aku pernah menyakitimu maka ampuni diriku. Andai masa ini aku membencimu maka fahami keadaanku. Aku hanya manusia lemah yang tidak mahu terluka lagi.
Dahulu kau pernah menjadi seorang insan yang pernah kusanjung tapi kini kau menjadi seorang insan yang aku benci. Dahulu kau pernah aku sayangi tapi kini kau insan yang aku benci. Dahulu kau pernah menjadi insan yang aku hormati tapi kini kau menjadi insan yang aku benci.
Mengapa kau sakiti aku? Mengapa kau khianati aku? Mengapa kau lukai aku? Adakah aku terlalu hina untuk berada disampingmu? Adakah aku terlalu naif untuk memahamimu? Adakah aku terlalu bodoh kerana kasihku kepadamu? Beribu persoalan itulah yang tidak mati difikiranku.
Maafkan aku kerana membencimu. Maafkanlah diriku kerana menyayangimu. Maafkanlah diriku kerana menyanjungimu. Maafkanlah diriku kerana pernah mencintaimu dalam hayatku ini.
Sang Tuhan, andai diri ini tidak sempurna maka jadikan teman hidupku yang lebih sempurna. Andai aku ini hina maka jadikan teman hidupku yang sempurna. Andai waktu ini mampu ku terbalikkan maka ku pinta jangan KAU temukan aku dan dia kerana hati ini terlalu lembut untuk disakiti begini. Maafkan aku kerana aku hanya insan yang lemah mencari haluan hidupku sendiri........

Thursday, August 5, 2010

liku-liku hidup

Mungkin hidup ini tak semudah yang disangka. Hidup ini penuh dengan liku-liku yang panjang. Sentiasa hadir dengan dugaan dan cabaran yang tidak mampu diharungi. Siapa sangka kehidupan ini akan sentiasa meninggalkan satu kesan yang dalam dalam memori kita.
Jangan ditangisi kesakitan itu. Jangan disesali penderitaan itu. Semua itu adalah satu kenyataan yang harus dihadapi. Maka hadapilah kisah hidup kalian dengan senyuman. Senyuman itu satu ubat yang mampu membawa kemanisan dan bukannya racun yang bisa membunuh dan menenggelamkan masa kita di dunia.
Sentiasa berdoa dan yakini Tuhan sentiasa berada dihati kita. Yakini dugaan yang datang kerana Allah sayang pada kita. Jangan pernah mengeluh tapi dengan rasa sabar mampu membawa satu titik permulaan kehidupan yang bahagia. Jangan disesali jika dugaan itu hampir menghancurkan masa hadapanmu tapi cubalah untuk tersenyum pada takdir maka takdir akan tersenyum semula padamu.
Yakini sejuta kawan di masa senang bukanlah teman yang sejati. Tapi teman yang hadir dimasa susah itulah yang membawa kita sampai ke syurga. Bukan mainan kata tapi ini adalah pengalaman yang pernah dihadapi oleh semua orang. Carilah sahabat yang mampu melindungi dirimu walau apapun yang terjadi. Nescaya sahabat itu yang dituntut oleh Islam.
Percaya pada diri..... itulah kunci utama kita hidup di dunia. Ini kerana dunia ini penuh dengan tipu muslihat yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Rasalah semua itu dengan mata hati nescaya hidupmu kelak akan bahagia. Percaya pada takdir dan Allah maka hidup ini akan sentiasa tenang disamping-NYA...... Amin..

Tuesday, August 3, 2010

tasbih cintaku...

Kalau waktu ini mampu ku putar, ku ingin kembali kehari yang kemarin. Aku mahu dengar ucapan selamat pagi dari kekasihku lagi. Tapi aku cuma insan biasa yang tak mampu menandingi kuasa Tuhan yang satu. Aku tidak mampu berbuat apa-apa kecuali hanya menanti dia pulang ke sisi.
Kini hari-hari yang dilalui semakin sepi. Kesunyian ini kian terasa. Suaramu kini yang kurindui. Seolah-olah kau hadir menemani setiap saat yang berlalu, kata-kata dan gelak tawa itu menjadi penemanku. Suara itu yang terngiang-ngiang dalam fikiranku.
Hanya satu yang harus kau tahu, kau tidak pernah hilang dari hati dan ingatan. hanya satu yang perlu kau tahu, kau tiada duanya. Hanya kau yang kunanti setiap saat,minit, dan jam yang berdetik. Kau yang ku mahu dalam hidup ini dan seterusnya.
Hati ini milikmu dan jiwa ini milik Tuhan. Hanya Dia yang berhak atas segalanya. Aku tunggu kepulanganmu. Aku nanti kehadiranmu lagi. Terima kasih atas rasa sayang yang dicurahkan. Tasbih cinta ini tiada akhirnya.....

kisah yang panjang.......

Jangan disangka air yang jernih tidak akan berkocak. Sedangkan hati yang lara tak siapa yang tahu. Kasihan sungguh kau wahai saudaraku yang bernama wanita. Jiwamu terlalu lembut untuk disakiti. Hatimu terlalu mudah untuk dilukai. Bersabarlah atas dugaan yang datang tidak diundang itu. Jangan ditangisi tapi harus direnungi.
Kisahmu mengajarku apa makna kehidupan ini. Siapa yang benar dan siapa yang salah. Aku tidak mampu untuk menghalang segala musibah yang menimpamu itu tapi aku berdoa agar semua ini tidak melunturkan semangatmu wahai saudaraku.
Perjalanan hidup ini masih panjang. Jangan pernah disesali kehidupan yang telah dikurniakan. Bersyukurlah kerana hidayah telah menyinari setiap pelusuk hati dan jiwamu. “Ya Allah, tabahkanlah hati kami dan kuatkanlah semangat kami agar dapat kami merasakan cintamu yang dalam itu.”
Sanubari ini sayu melihat kau menitiskan airmata. Jiwa ini terseksa melihat penderitaan yang kau tanggung,sedangkan aku? Aku cuma duduk dikejauhan memerhatikan apa yang terjadi. Aku tidak mampu menyelami jiwamu yang sarat dengan kepedihan itu.
Dulu kau mudah tersenyum. Sekarang kau telah berubah. Perubahan yang sungguh ketara itu membuatkan hatiku bertambah sayu. Mulutmu tidak pernah berhenti menyebut nama Allah seolah-olah kau tidak mahu setiap detik waktu terlepas dengan sia-sia saja.
Kini aku yakin kau bukan seperti yang dulu lagi. Kini kau lahir semula sebagai muslimah yang ingin mencari cinta dan kasih-NYA. Aku ingin melihatmu sebagai wanita yang tabah dan cekal menghadapi dunia yang penuh dengan kebencian,penyeksaan dan kian kegelapan ini. Semoga dirimu di bawah lindungan Allah S.W.T...... Amin.

wahai cucu adam...

Wahai cucu Adam!!! Janganlah leka mengejar duniawi. Andai sesat marilah bersama-sama kembali kepada-Nya. Hari ini manusia mengejar masa untuk berubah. Adakah perubahan ini untuk membawa kita mendekati Allah?? Atau zaman ini mengejar kemewahan? Tepuk dada jangan tanya selera tapi tanyalah iman.
Aku bingung dalam mencari makna kehidupan ini. Seolah-olah aku sendiri sesat dalam destinasi yang kubina ini. Mengapa?? Mengapa ini yang terjadi?? Bantu aku kembali ke cahaya itu, jangan bawa aku kedalam kegelapan itu. Aku sengsara wahai dunia... Bantulah aku kembali ke pangkal jalan.

Aku juga insan yang gagal menunaikan kewajipan sebagai khalifah di bumi Allah. Aku juga sedar aku bukanlah insan yang sempurna, aku ingin sesuatu yang bermakna dalam hidupku. Ingin mencari bekalan di bumi yang sementara ini. Aku cuma dipinjamkan untuk seketika tapi aku gagal untuk menggunakan masa yang diberikan untuk berubah.
Aku tak ingin ke lorong yang gelap itu!! Aku ingin ke taman Allah yang penuh keindahan yang berkekalan. Aku tidak tahu mengapa aku mengejar syurga dunia yang sementara ini walhal telah dijanjikan syurga yang berkekalan di akhirat kelak.

semakin takut......

Perasaan apakah ini?? Aku sendiri bingung dalam mencari jawapan. Semakin jauh aku berjalan semakin aku menjadi resah. Adakah aku takut kehilangan dia?? Yaaa, itu jawapan yang menjadi kebarangkalian hidup ini. Aku mulai sedar betapa berertinya seseorang yang sanggup berkorban masa depannya untuk yang disayangi.
Aku takut jarak ini yang akan memisahkan kami. Semakin takut kalau dia harus pergi tinggalkan aku sendiri disini. Aku berdoa pada cintaku di atas sana agar “dia” ini sentiasa ada disisiku setiap detik waktu. Hanya kerana takut dia akan lupa padaku.
Wahai sang Tuhan, aku berdoa agar dijauhkan segala keraguan ini. Aku benar-benar takut. Takut untuk menghadapi kenyataan yang mungkin akan terjadi. Benar-benar takut.....
Aku masih setia..... perasaan ini takkan pernah berubah lagi. Biarlah masa ini yang menentukan jodoh kita. Nilainya takkan berkurang dari yang ini. Hanya itu janji hatiku. Kalau saja kau bertemu yang lain, ia juga takdir kita. Maka aku maafkan segala yang pernah kau lakukan padaku dahulu hingga kehari ini.
Mungkin aku harus bersedia dalam mengharungi khabar yang bakal menyakitkan ataupun khabar yang membawa kegembiraan. Aku berdoa apabila sampai saja detik itu, aku tidak akan menangis lagi dihadapan kau. Hanya itu yang aku dapat luahkan.

kekhilafan dahulu & sekarang...

Saat ini aku terpanggil untuk mengenang kembali akan kesilapan masa lampau. Aku tertanya-tanya mengapa dia tidak pernah berhenti untuk menasihati aku? Walaupun kadangkala aku merasa bosan mendengar leteran yang keluar dari mulutnya tapi aku tetap membiarkan ia berlalu pergi. Aku hanya manusia biasa yang tak mampu untuk lari dari kelalaian.
Memang saat ini aku digelar jahil, semakin dekat dengan pintu neraka barangkali. Aku cuba menjauh tapi usahaku seperti dihalang terus oleh syaitan yang durjana. Seakan tewas dengan godaan tapi takut akan kekhilafan ini. Aku berusaha untuk tidak mendengar bisikannya yang berduri itu tapi aku masih tidak mampu untuk menghalangnya.
Aku cuma manusia yang yang hidup dalam kemungkaran. Ingin bertaubat tapi sentiasa ada halangan yang datang. Aku bosan seperti ini. Tapi kuharap ada yang sudi membantu. Bukalah pintu hatiku untukmu Ya Allah...... Aku ingin kembali ke pangkuan-Mu. Hidup dalam redha-Mu umpama tiada penyesalan lagi.
Wahai Tuhanku, aku ingin bersujud lagi pada-Mu. Terangilah hatiku kembali seperti aku masih bayi dulu. Hapuslah segala keraguan yang bersarang dihatiku ini. Jauhilah aku dari kemaksiatan ini. Bukakanlah pintu syurga-Mu untuk ku serta keluarga dan orang-orang disampingku ini.

tiada yang lebih indah........

Siang hariku ditemani bayanganmu....
Malam hariku ditemani mimpimu....
Kau umpama angin yang datang menjengukku setiap masa
Kau seperti mengerti bahawa aku kesepian

Aku kini hidup dengan duniaku sendiri
Teman-teman disisi seperti tidak sedari kehadirannya
Aku umpama hidup dalam fantasi
Aku berasa kosong dan sunyi tanpa ada dirimu

Hidup ini bagai tiada erti lagi tanpa kau menemani disini
Kau umpama suatu barang yang berharga yang tak mampu kulepaskan
Kau adalah emas yang berbentuk hati yang tidak tertanding indahnya
Hiasanmu dalam hatiku umpama suatu taman yang penuh kasihmu

Mungkin aku yang terlalu merinduimu
Aku tidak boleh jauh darimu walaupun seinci
Tapi ku tetap setia menanti kerana itu yang pernah kau pinta
Ku sabarkan jiwa ini agar tidak menangis lagi seperti hari-hari kemarin

sahabat kini dan selamanya

Hari ini sahabat datang kerana kita mahukannya
Besok sahabat pergi juga kerana kita mahukannya
Tapi itulah lumrah kehidupan manusia
Mungkin sahabat sejati tidak pernah wujud
Tapi mungkin inilah yang dinamakan fantasi......
Fantasi yang dicipta untuk mengubat hati yang lara.

Aku.....
Mencari sahabat di dunia...
Juga mencari sahabat untuk ke akhirat
Benar kata orang, jangan mencari redha manusia
Tapi carilah redha yang datang dari Allah....

Aku Cuma takut kesepian....
Aku takut hidup berseorangan...
Aku ingin sahabat yang mampu bersama aku di setiap detik waktu
Ingin merasa apa makna sahabat yang sebenar
Sahabat yang ingin kubawa ke jalan Allah....

Aku......
Sendirian mencari tempat berlindung
Dalam suasana kelam aku kian terkapai-kapai
Dimana aku???
Wujudkah lagi sahabat itu???
Kembalilah bersatu bersamaku semula

Aku....
Semakin di dalam dilemma
Mencari erti sebuah persahabatan
Tapi ku tabahkan hati agar tetap tegar mengharungi cabaran
Takkan ku tewas dek kekesalan
Kerana kata hatiku adalah yang tepat
Tiada siapa yang mampu menyangkal fakta itu

Aku.....
Kini tetap berdiri disini untukmu sahabat
Sentiasa akan menanti kehadiranmu dalam apa keadaan pun
Biarlah ku berhujan dan berpanas tapi ku tetap menantimu.....

aku cuma aku..........


Aku ingin seperti Peter Pan yang takut akan dewasa. Ingin hidup dalam cerita dongeng kanak-kanak. Inginkan semua ini seperti mimpi saja. Biarkan aku disini bersama kenangan, aku masih remaja yang dibawah kawalan orangtua. Aku cuma perempuan biasa yang inginkan kebahagiaan yang berkekalan.
Menjadi matang membuatkan aku semakin takut akan kehidupan ini. Aku harus menghadapi pelbagai rintangan untuk mencapai impian. Aku penat dan semakin lelah dalam mengejar semua ini. Biarpun berjuta batu aku berlari, tetap kematian yang menanti di satu penghujung jalan nanti.
Mungkin aku bodoh dalam mengerti apa makna kehidupan. Mungkin juga aku terlalu naif dalam mengenal erti kebahagiaan. Aku penat menjalani hari-hari yang semakin sukar aku rasakan. Tapi apakan daya, percaturan hidup ini harus aku lalui juga akhirnya.
Sesalan dan penyeksaan semakin membebankan jiwa ini. Pundakku semakin berat, aku seolah-olah tidak mampu berlari sejauh ini. Aku sesal kerana tidak menghargai perasaan sendiri. Oleh kerana mengikut kata hati yang berdendam itu, aku terseksa sehingga sekarang. Kalaulah aku mampu pergi lebih jauh, tolong hantar aku ke tempat semua orang disisiku kini tidak mampu mencariku.
Biarkan aku mati dalam kebahagiaan biarpun hanya sementara. Aku bosan kerana harus terbeban kerana sikapku sendiri. Kedinginan hati ini hanya aku yang tahu. Kalaulah aku mampu mengubah takdir, akan kupilih hidup yang tiada kesakitan. Sampai bila aku harus bertahan?? Kenangan silam yang pahit itu tidak pernah mahu pergi walaupun  seinci.
Aku mulai takut bila menghitung hari-hari yang berlalu. Semakin takut bila terfikir orang yang kusayang akan perlahan-lahan pergi tinggalkanku kelak. Aku hanya perempuan biasa yang takut akan kesunyian. Sunyi tanpa mama dan abah buat aku ingin menangis semahu-mahunya. Sunyi tanpa peneman buat aku semakin menderita.
Kini, aku hidup seperti orang dewasa yang masih berfikiran kebudak-budakan. Itulah aku...... Yang selama ini menjadi identitiku. Walaupun aku tidak mampu membuat semua bahagia tapi aku tetap puas hati walaupun ianya hanya sementara. Aku hanya berdoa pada sang Tuhan agar merahsiakan segala kepahitan itu selama-lamanya. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan sang Tuhan. Kenangan itu takkan mati sehingga saat ajal semakin mendekat dan ia takkan terhenti sehinnga nafasku sampai penghujungnya.