Dunia Realiti Dan Fantasiku......

Tuesday, August 3, 2010

tasbih cintaku...

Kalau waktu ini mampu ku putar, ku ingin kembali kehari yang kemarin. Aku mahu dengar ucapan selamat pagi dari kekasihku lagi. Tapi aku cuma insan biasa yang tak mampu menandingi kuasa Tuhan yang satu. Aku tidak mampu berbuat apa-apa kecuali hanya menanti dia pulang ke sisi.
Kini hari-hari yang dilalui semakin sepi. Kesunyian ini kian terasa. Suaramu kini yang kurindui. Seolah-olah kau hadir menemani setiap saat yang berlalu, kata-kata dan gelak tawa itu menjadi penemanku. Suara itu yang terngiang-ngiang dalam fikiranku.
Hanya satu yang harus kau tahu, kau tidak pernah hilang dari hati dan ingatan. hanya satu yang perlu kau tahu, kau tiada duanya. Hanya kau yang kunanti setiap saat,minit, dan jam yang berdetik. Kau yang ku mahu dalam hidup ini dan seterusnya.
Hati ini milikmu dan jiwa ini milik Tuhan. Hanya Dia yang berhak atas segalanya. Aku tunggu kepulanganmu. Aku nanti kehadiranmu lagi. Terima kasih atas rasa sayang yang dicurahkan. Tasbih cinta ini tiada akhirnya.....

No comments:

Post a Comment