Dunia Realiti Dan Fantasiku......

Tuesday, August 3, 2010

aku cuma aku..........


Aku ingin seperti Peter Pan yang takut akan dewasa. Ingin hidup dalam cerita dongeng kanak-kanak. Inginkan semua ini seperti mimpi saja. Biarkan aku disini bersama kenangan, aku masih remaja yang dibawah kawalan orangtua. Aku cuma perempuan biasa yang inginkan kebahagiaan yang berkekalan.
Menjadi matang membuatkan aku semakin takut akan kehidupan ini. Aku harus menghadapi pelbagai rintangan untuk mencapai impian. Aku penat dan semakin lelah dalam mengejar semua ini. Biarpun berjuta batu aku berlari, tetap kematian yang menanti di satu penghujung jalan nanti.
Mungkin aku bodoh dalam mengerti apa makna kehidupan. Mungkin juga aku terlalu naif dalam mengenal erti kebahagiaan. Aku penat menjalani hari-hari yang semakin sukar aku rasakan. Tapi apakan daya, percaturan hidup ini harus aku lalui juga akhirnya.
Sesalan dan penyeksaan semakin membebankan jiwa ini. Pundakku semakin berat, aku seolah-olah tidak mampu berlari sejauh ini. Aku sesal kerana tidak menghargai perasaan sendiri. Oleh kerana mengikut kata hati yang berdendam itu, aku terseksa sehingga sekarang. Kalaulah aku mampu pergi lebih jauh, tolong hantar aku ke tempat semua orang disisiku kini tidak mampu mencariku.
Biarkan aku mati dalam kebahagiaan biarpun hanya sementara. Aku bosan kerana harus terbeban kerana sikapku sendiri. Kedinginan hati ini hanya aku yang tahu. Kalaulah aku mampu mengubah takdir, akan kupilih hidup yang tiada kesakitan. Sampai bila aku harus bertahan?? Kenangan silam yang pahit itu tidak pernah mahu pergi walaupun  seinci.
Aku mulai takut bila menghitung hari-hari yang berlalu. Semakin takut bila terfikir orang yang kusayang akan perlahan-lahan pergi tinggalkanku kelak. Aku hanya perempuan biasa yang takut akan kesunyian. Sunyi tanpa mama dan abah buat aku ingin menangis semahu-mahunya. Sunyi tanpa peneman buat aku semakin menderita.
Kini, aku hidup seperti orang dewasa yang masih berfikiran kebudak-budakan. Itulah aku...... Yang selama ini menjadi identitiku. Walaupun aku tidak mampu membuat semua bahagia tapi aku tetap puas hati walaupun ianya hanya sementara. Aku hanya berdoa pada sang Tuhan agar merahsiakan segala kepahitan itu selama-lamanya. Biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan sang Tuhan. Kenangan itu takkan mati sehingga saat ajal semakin mendekat dan ia takkan terhenti sehinnga nafasku sampai penghujungnya.

No comments:

Post a Comment