Dunia Realiti Dan Fantasiku......

Thursday, October 28, 2010

rindu yang tersimpan.....

Sebuah kerinduan yang tak mampu terubat........
Aku menangis.....
Aku terseksa....
Mengapa ini yang terjadi padaku
Apa dosaku...?

Dalam hidup ini dan dalam realiti ini cintaku hanya padanya
Hati ini tak mampu kuserah kepada lelaki lain kerana yang ku mahu hanya dia
Dalam senyuman ini ada kesedihan yang tersimpan
Dalam tawa ini ada tangisan yang tak terlihat
Dalam ketenangan ini ada sendu yang tersembunyi
Semua itu terlindung dibalik kebahagiaan yang palsu.....

Salahkah aku masih menyayangimu?
Salahkah aku masih merinduimu?
Salahkah aku masih berharap kau kembali padaku?
Salahkah aku untuk hidup kerana cintamu?

Siangku berteman sepi...
Malamku berteman tangis...
Hari-hari kulalui tanpa hadirmu disisiku lagi
Aku terseksa atas penderitaanku ini...
Aku benci akan dirimu yang semudah itu melupakan aku....

Memang ini dosaku kerana mencintaimu...
Memang ini dosaku merinduimu....
Tapi semakin aku cuba melupakanmu semakin kau jelas dipandanganku
Aku berdoa pada sang Tuhan agar jiwa ini tidak bergelora lagi..

Friday, September 24, 2010

Harapan Tanpa Suara......

Manusiakah kalian?
Mengapa bayi suci itu menjadi mangsa?
Mengapa bayi suci itu menerima padah nafsu kebinatanganmu?
Mengapa bayi suci itu dibiarkan mati tanpa belas kasihan?
Hati ini menangis melihat bayi suci tak berdosa itu menjadi mangsa kebuasanmu

Adakah ini takdir Tuhan?
Adakah ini ketentuan dari-NYA?
Hukumlah mereka yang bersalah itu
Biarkanlah bayi suci itu meneruskan hidupnya
Biarkanlah dia belajar mengenali dunia ini

Mengapa wujud manusia berhati busuk seperti kalian?
Mengapa ada manusia berfikiran sempit seperti kalian?
Adakah ini tandanya dunia akhir zaman?
Adakah ini tandanya kemusnahan dunia kami?
Aku malu melihat bangsaku jatuh tersungkur dek nafsu
Aku meluat melihat bangsaku bergelumang dosa yang tak terkira
Aku simpati melihat bangsaku lalai mengejar duniawi
Aku benci melihat bangsaku menjatuhkan maruah ayah bondanya...

Tidakkah ada sekelumit rasa simpati dihatinya saat membiarkan anaknya bertarung nyawa?
Tidakkah ada secebis rasa insaf melihat anaknya lahir ke dunia?
Tidakkah ada rasa bersalah saat membunuh darah dagingnya sendiri?
Tidakkah mereka terfikir anak itu adalah amanah Tuhanku?

Jasad bayi suci itu bagai sampah
Dibuang tanpa belas kasihan
Dibiarkan tanpa simpati
Nafsu serakah yang bermaharajalela menjadi tuan manusia berhati busuk
Semoga bayi suci itu mendapat tempat mulia disisi Tuhanku.....

Bila kau tiada disisiku

Hati ini benar-benar mahu kau berada disini
Hati ini menangis lagi untuk kesekian kalinya
Hati ini menjerit lagi berharap kau datang kepadaku
Hati ini terseksa kerana kau tidak mendengar permintaan hatiku

Saat ini airmata menjadi teman tidurku
Sayang, mengertikah kau betapa aku merindukan kau?
Kenangan itu satu persatu menjengah fikiran
Aku lemas dalam kenangan itu
Ingin kau kembali dalam hidupku tapi itu mustahil
Kerana kau bukan lagi milikku lagi

Mungkin ini ujian Tuhan agar aku sentiasa mengingati-NYA
Lalu aku bersujud mencari ketenangan disebalik kesedihan ini
Mulutku tidak berhenti menyebut nama Tuhanku
Hatiku tidak berhenti memohon keinsafan dari Tuhanku
Fikiranku tidak berhenti mengingati Tuhanku
Dalam kesayuan inilah aku berserah pada YANG SATU.

Mungkin jalan takdirku begini
Bermula penuh kebahagiaan lalu berakhir dengan kesengsaraan
Tapi aku tidak pernah tunduk kepada penderitaan itu
Aku ingin menjadi yang tabah dalam mengharungi pelayaran ini
Aku masih boleh meneruskan kehidupan ini meskipun kau sudah tiada disisku
Aku masih boleh tersenyum meskipun hati ini merintih hiba
Inilah buktinya wanita pilihan Tuhan.......

Aku Yang Masih Berharap

Aku rindu saat itu....
Saat kau menjagaku ketika ku sakit
Airmata ini mengalir deras umpama tak ingin berhenti lagi
Dimana kau ketika ini?
Tidakkah kau ingat akan diriku ini?
Detik sukar ini terpaksa aku harungi sendirian

Aku ingin hentikan tangisan hiba ini
Tak ingin kenangan itu menyelubungi hidupku lagi
Meski aku mencuba berulang kali kau masih menjengah fikiranku
Aku benci dirimu kerana mengkhianati janjimu dahulu
Aku benci dirimu kerana memberikan mimpi indah dahulu

Kesakitan ini terpaksa aku rasakan sendiri
Kesakitan ini benar-benar menyeksa diriku
Mungkin ini ujian dari Tuhanku
Aku menerimanya dengan rela
Masih ramai yang mengambil berat akan diriku
Meskipun aku berharap kau juga begitu....

Kalau aku mampu mengubah takdir
Inginku mencipta satu kenangan yang takkan dilupakan bersamamu
Inginku buang segala kenangan yang memeritkan itu
Inginku membina kebahagiaan yang berkekalan
Tapi aku hanya mampu berharap tapi tak mampu menjadikan ia satu realiti

Tuhan,
Izinkan aku mencari kebahagiaanku lagi
Izinkan aku mencintai lelaki yang sewajarnya
Izinkan aku membina empayar kehidupanku sekukuhnya
Agar aku tidak tumbang sekali lagi ke dalam jurang itu....

Tuesday, September 14, 2010

aku dan rasaku........

Aku benci.....
Bila aku masih belum mampu melupakanmu
Bila aku masih belum mampu melepaskan bayanganmu
Bila aku masih menyayangimu
Bila aku masih berharap kau juga ada perasaan yang sama sepertiku

Aku rimas....
Bila airmata ini tidak pernah berhenti keranamu
Bila jiwa ini masih ingin kehadiranmu
Bila bibir ini masih tidak berhenti menyebut namamu
Bila hati ini sakit mengingatimu

Aku lemas....
Bila melihat kau bahagia sedangkan aku sengsara
Bila melihat kau tersenyum sedangkan aku berduka
Bila melihat kau tertawa sedangkan aku merana
Bila melihat dia ada disampingmu sedangkan aku hanya sekadar pemerhati

Aku bingung....
Bila ada yang lain dihatiku
Bila ada yang masih menharapkan kasihku
Bila ada yang mengaharap sedikit ruang untuk menyayangiku
Bila ada yang ingin mengukir kisah baru dalam hidupku

Aku ingin.....
Merasa bahagia seperti kekasih gelapku
Merasa disayangi seperti insane lain
Merasa dihargai oleh insan lain
Melupakan memori lama itu..........................
Lalu dijadikan sandaran agar kisah baru ini aku tidak terluka lagi.....

Saturday, August 21, 2010

aku ingin seperti mama....

Aku ingin seperti mama....
Ada hati yang lembut
Ada jiwa yang penyayang
Ada kasih setinggi gunung dan sedalam lautan
Ada sifat yang mampu meleburkan kekerasan setiap insan yang bernama lelaki...

Aku ingin seperti mama.....
Yang ada segala kekuatan menghadapi segala kekalutan dunia
Yang ada ketegaran yang kental menghadapi segala kesukaran
Yang ada ketabahan yang tiada tandingannya
Yang ada kesabaran yang tak mampu dibatasi waktu...

Aku ingin seperti mama...
Yang selalu tersenyum setiap menyambut kepulangan abah
Yang sentiasa memenuhi keperluan abah
Yang selalu merawat abah ketika sakit
Yang selalu menemani abah tak kira susah atau senang waktu itu

Aku ingin sepeti mama....
Yang tak pernah merungut atas kesusahan yang dilaluinya
Yang tak pernah mengadu walaupun dirinya butuhkan kami
Yang tak pernah menangis kerana keterlaluan sikap kami
Yang tak pernah lari dari tanggungjawabnya sebagai mama....
Yang tak pernah meminta perhatian kami walaupun dirinya sakit....

Mama....
Kau inspirasiku....
Kau mutiaraku...
Aku umpama mati jika tidak mendengar khabarmu....
Aku tidak mampu berjauhan sedikitpun darimu....
Aku tidak berdaya melihat kesusahan yang menimpamu....
Aku menangis kerana tak dapat menemanimu saat kau memerlukan aku disisimu...
Aku terluka jika hatimu disakiti...

Mama....
Izinkan aku membalas jasamu....
Izinkan aku menyayangimu selamanya...
Izinkan aku merawat setiap luka yang ada padamu...
Izinkan aku menjagamu dihari tuamu....
Izinkan aku mendoakan kebahagiaanmu...

Kerana mama...... aku berusaha menjadi yang terhebat...
Kerana mama...... aku mahu menjadi yang terhebat....
Kerana mama..... aku ingin dilihat sebagai seorang yang terhebat...
Kerana mama.... aku ingin jadi anak yang berjasa padamu...
Terima kasih Mama.....

Thursday, August 12, 2010

andai takdir itu milikku.........

Salahkah aku jika ingin bahagia? Salahkah aku jika ingin merasa gembira? Salahkah aku??? Persoalan demi persoalan berlegar-legar diruang mindaku. Aku mencari dimana kesalahan diriku ini. Mengapa aku yang dihina? Mengapa aku yang dicaci? Mengapa aku yang dikhianati? Aku hanya gadis kampung yang mahu kedamaian.
Andai aku yang hina lagi berdosa maka maafkanlah diriku ini. Andai masa dahulu aku pernah menyakitimu maka ampuni diriku. Andai masa ini aku membencimu maka fahami keadaanku. Aku hanya manusia lemah yang tidak mahu terluka lagi.
Dahulu kau pernah menjadi seorang insan yang pernah kusanjung tapi kini kau menjadi seorang insan yang aku benci. Dahulu kau pernah aku sayangi tapi kini kau insan yang aku benci. Dahulu kau pernah menjadi insan yang aku hormati tapi kini kau menjadi insan yang aku benci.
Mengapa kau sakiti aku? Mengapa kau khianati aku? Mengapa kau lukai aku? Adakah aku terlalu hina untuk berada disampingmu? Adakah aku terlalu naif untuk memahamimu? Adakah aku terlalu bodoh kerana kasihku kepadamu? Beribu persoalan itulah yang tidak mati difikiranku.
Maafkan aku kerana membencimu. Maafkanlah diriku kerana menyayangimu. Maafkanlah diriku kerana menyanjungimu. Maafkanlah diriku kerana pernah mencintaimu dalam hayatku ini.
Sang Tuhan, andai diri ini tidak sempurna maka jadikan teman hidupku yang lebih sempurna. Andai aku ini hina maka jadikan teman hidupku yang sempurna. Andai waktu ini mampu ku terbalikkan maka ku pinta jangan KAU temukan aku dan dia kerana hati ini terlalu lembut untuk disakiti begini. Maafkan aku kerana aku hanya insan yang lemah mencari haluan hidupku sendiri........