Dunia Realiti Dan Fantasiku......

Monday, January 10, 2011

Bila Sahabat Itu Memungkiri Janji.........

Sahabat itu indah apabila benar-benar dihargai,
Sahabat itu akan bererti apabila benar-benar difahami,
Sahabat itu takkan terpisah apabila tak ada yang mengkhianati....

Kau adalah insan yang ku gelar sebagai sahabat,
Kau yang ada disampingku setiap masa,
Kau yang melihat aku tertawa dan berduka,
Kau yang membuat aku kini terluka......

Tak pernah aku menyangka sekejam itu hatimu,
Tak pernah aku sedari seburuk itu fikiranmu,
Tak pernah aku ketahui sehina itu pandanganmu,
Aku hanya insan yang lemah lagi tak berdaya wahai sahabatku...

Aku terluka kerana bicaramu,
Aku terhina kerana perlakuanmu,
Aku tersentap kerana bisikanmu,
Aku terpana bila kau yang aku hargai telah menikamku....

Dia tak pernah aku singkirkan,
Dia yang tak pernah aku lupakan,
Dia yang tak pernah aku tinggalkan,
Dialah insan yang aku banggakan tapi telah merobek segala kepercayaan.......

Masih adakah sekelumit belas dihatiku?
Masih adakah secebis kemaafan disanubariku?
Masih adakah erti sahabat yang aku agungkan buatmu?????

Kau yang membunuh aku di dalam kehampaan...
Kau yang memusnahkan segala keindahan,
Kau yang membinasakan kehidupan.....
Kau juga yang telah melenyapkan semua impian dan kenangan.....

Ini umpama mimpi...
Aku berharap ia sekadar mimpi,
Tapi aku tak mampu mengubah yang telah hakiki,
Memang inilah yang dikatakan realiti.....

No comments:

Post a Comment